Thursday, June 30, 2011

Friday, June 17, 2011

Kartun Zaman Aku Kecil

Sebagai seorang bayi yang lahir pada tahun 1990 aku berasa sangat beruntung kerana ketika zaman aku membesar, aku dan rakan-rakan sebayaku dihidangkan dengan arus pemodenan dan teknologi yang serba canggih. Aku menyaksikan arus perkembangan dalam dunia teknologi yang berjaya dicapai oleh manusia satu persatu. Daripada rancangan televisen berwarna, komputer riba, telefon bimbit sehinggalah teknologi yang boleh dikatakan paling terkini iaitu iPad2, gadget yang telah memberi nafas baru dan karekter yang tersendiri di mana ia telah diklasifikasikan sebagai gadget yang diletakkan antara telefon bimbit dan komputer.

Tetapi bukan iPad2 dan teknologi canggih yang aku nak kongsikan dalam penulisan kali. Seperti yang dinyatakan dalam tajuk, aku nak cerita pasal kartun zaman aku membesar. Walaupun menonton kartun bukanlah sesuatu yang memberi manfaat kepada seorang kanak-kanak, tetapi jika dilihat dari sudut yang berbeza, ia memberi impak yang sangat besar sewaktu sesi tumbesaran aku. Dekat sini aku nak bagitau, ada 10 rancangan tv yang aku suka. Mungkin lebih dari 10 sebenarnya, tapi oleh sebab minda aku tak berapa nak berjalan sekarang ni, mungkin rancangan kartun yang lain tu tak berapa nak best sangat dan tak memberi impak yang kuat dalam ingatan aku, aku lebih senang menyenaraikan antara 10 kartun yang paling best ketika zaman aku kanak-kanak.

1) Dragon Ball.


Cerita ni memang legend. Pelukis komik ni sangat talented dan telah melukis sebuah masterpiece dan stail lukisan serta plotnya telah menjadi ikutan, trend dan contoh kepada pelukis-pelukis Jepun yang lain. Senang cerita, ia telah menjadi peneraju kepada arena komik di peringkat antarabangsa. Masa kecik-kecik dulu, cerita ni selalu ditayangkan kat tv2 jam 9.30 pagi Sabtu dan Ahad. Aku follow cerita ni daripada Son Goku tu kecik, tak silap aku masa dia kecik dia dipanggil Suzikon dan bukannya Son Goku. Sampai sekarang pun aku tak tau kenapa dia dipanggil Suzikon dan bukannya Goku. Yang pastinya, sampai aku dah besar ni pun, aku baca balik Dragon Ball ni kalau tak silap aku dalam 3 4 bulan yang lepas, masih teruja dengan plot dan cerita dia yang sangat entertaining, engaging dan penuh aksi. Walaupun tak silap aku setiap chapter dia hanya mengandungi 9-12 muka surat sahaja berbanding komik sekarang yang memuatkan sekurang-kurangnya 16 muka surat untuk satu chapter. Apa pun Dragon Ball tetap di hati aku tak kira la setua mana pun aku hidup.

2) Digimon Adventure.


Juga karya daripada Jepun, tetapi ia di dalam bentuk animasi dan tiada pencetakan dalam bentuk komik. Cerita ini kalau tak silap aku bermula lepas cerita Dragon Ball tu habis disiarkan di saluran ntv7. Sekumpulan 7 orang kanak-kanak terpilih telah diserap masuk ke dunia digital dan mengharungi pelbagai rintangan untuk menentang raksasa digital yang jahat. Apa yang menarik pada aku pasal cerita ini ialah setiap orang ada binatang kesayangan sendiri dan persahabatan antara diorang sangat akrab. Tujuan binatang raksasa digital setiap seorang kanak-kanak terpilih ini adalah satu, untuk melindungi tuan mereka dari segala raksasa digital jahat yang lain. Mereka boleh bercakap dan untuk mencapai level dan digivolve iaini berubah menjadi lebih kuat, mereka perlukan kuasa daripada tuan mereka. Selalunya bila tuan mereka macam dah nak mampus kena serang dengan raksasa jahatlah baru diorang nak digivolve. Plot ulang-ulang macam tu tiap-tiap kali nak digivolve. Tapi part evolution lah yang paling seronok nak-nak part Agumon jadi WarGreymon dan Gabumon jadi MetalGarurumon lalu bergabung jadi Omnimon. Pergh, cerita Digimon hafal. Surah Al Luqman tak hafal. Damn!

3) Digimon 02 (Zero Two).

Ini adalah sequel daripada cerita Digimon Adventure. Ending cerita Digimon Adventure adalah 7 orang kanak-kanak terpilih tu dah kembali ke dunia sebenar setelah diorang berjaya mengalah ketua raksasa jahat, aku lupa siapa, tapi kalau tak silap aku Etemon si beruk yang kuasa dia nyanyi. Dalam adventure zero two ni, raksasa digital iaitu binatang kesayangan diorang boleh hidup di dunia nyata. Wtf. Diorang pulak (kanak-kanak terpilih) boleh masuk ke dunia digital ikut komputer ikut suka diorang je. Tujuannya nak selamatkan dunia digital la. Untuk memendekkan cerita, akhirnya diorang menang dan berjaya membenteras semua kejahatan yang ada kat dunia digital dengan mengalahkan MaloMyotismon. Di akhir cerita ni juga diceritakan siapa sebenarnya pencipta dunia digital, yang dia walaupun cipta dunia digital ni, dia sendiri tak pernah masuk. Sangat twisted ending dia aku rasa. Dunia digital pun ditutup oleh BlackWargreymon kalau tak silap aku. Maka berakhirlah perjuangan menentang anasir jahat di dunia digital. Sequel cerita ini adalah Digimon 3, tapi aku tak sempat tengok sebab aku mula fokus kat study dan mula meninggalkan zaman kanak-kanak yang penuh keriangan.

3) Mighty Morphin Power Rangers.



Cerita 5 Adiwira yang menentang musuh durjana. Alien lah, penyangak masa lah, raksasa dalam air, atas air, binatang liar, macam-macam lah. Tapi aku berjaya listkan semua season Power Rangers yang aku tengok daripada tahun 1995 hinggalah 2003. Sebenarnya ia berterusan sampai ke sekarang ni. Tapi zaman kegemilangan televisyen aku hanyalah sampai tahun 2003 sebab aku mula tinggal di asrama pada tahun ini. Dalam banyak-banyak Power Rangers, aku rasa season dia yang pertama yang paling best. Sebab apa? Sebab dia ada Zordon, makhluk kepala dalam tiub warna biru yang macam ketua kepada Rangers ni dengan Alpha 5 robot kepala kapal angkasa UFO yang rajin cakap Aye-yi-yi-yi-yi! ketika panik dan menggelabah. Zords diorang pun sangat cool iaitu Dinasour, sangat powerful okay. Cerita ni Amerika yang buat. Zaman dulu kalau kat sekolah, cerita ni la yang kitorang sembangkan waktu kat kelas. Betapa hebatnya Red Rangers menyelamatkan kawan-kawan dia, lepas tu White Rangers yang sangat cool datang menolong 5 Rangers yang lain bila diorang macam nak kalah lawan raksasa. Aku boleh tulis lagi panjang pasal Rangers ni, tapi nanti tak adil pulak kat kartun yang lain, so aku berhenti kat sini jela. Oh! I fucking missed these good old days.

5) Doraemon.

Manga dan animasi cerita asal daripada pelukis komik agung dari Jepun, Fujio F Fujiko. Cerita pasal si budak bodoh bernama Nobita yang setiap hari dirundung masalah dan demi mengatasi masalah itu, robot daripada masa depan datang membantu Nobita yang sangat loser ini. Robot Doraemon ini sebenarnya dihantar oleh cicit Nobita sendiri dari masa hadapan demi untuk mengubah nasib Nobita yang kerana kebodohan dan sifatnya yang sangat loser, anak cucu cicit dia pun tak mampu membayar hutang yang dibuat oleh Nobita ketika Nobita dewasa. Walaupun bodoh, bebal dan loser, Nobita mempunyai hati yang sangat mulia. Tapi itulah, hati yang mulia tak guna juga kalau kau bebal tahap lembu. Tak boleh mengubah nasib punya. Cerita Doraemon ini komik dia tak pernah ada official ending sebab Fujio F Fujiko telah meninggal dunia sebelum sempat menamatkan cerita Doraemon. Karya dia ni sebenarnya tahun 1980 ke 1970 dah ada. Cuma ia tak dikomersialkan di arena antarabangsa. Kalau internet korang laju, ataupun korang sanggup tunggu video ni buffer sampai penuh korang mesti sangat salute dan teruja dengan ending ni. Walaupun ending dia Fujio F Fujiko tak buat, tapi aku rasa ini adalah ending yang mungkin dia akan buat.


#fact: Doraemon adalah nasional ikon untuk Jepun. Pada aku ia sangat comel untuk kucing gemuk menjadi ikon sesebuah negara :)


6) Oggy and the Cockroaches.

Ni pun animasi berdasarkan kucing jugak. Gelagat si Oggy yang sering diganggu 3 ekor lipas yang sekor panjang, sekor gemok, sekor lagi pandai (ketua diorang). Apa yang menarik pasal cerita ni adalah si kucing biru Oggy dan dunia dia tak pernah menuturkan sepatah perkataan seperti manusia pun. Kalau dia bertutur pun dia bertutur dalam bahasa kucing yang sangat kelakar. Hahahaha. Gelagat dan aksi lucu diorang merupakan penarik dan penambah cita rasa aku untuk melihat diorang. Tapi dalam banyak-banyak cerita dia, aku sampai sekarang tetap tertanya-tanya jantina si Oggy ni. Dia kucing jantan ke betina ke sebab kadang-kadang dia nampak feminin, dan ada masa dia nampak maskulin. Faktor yang menyebabkan aku tertanya-tanya ialah sebab adanya Jack, si kucing hijau yang nampak maskulin tu kadang-kadang nampak macam boyfriend si Oggy. Mungkin masa kecil aku tak pernah terpikir pun benda ni sebab jiwa muda yang sangat murni tak pernah mempersoalkan dan mendiskriminasikan jantina sesebuah makhluk. Tapi ini kartun kan, semua benda boleh jadi mengikut imaginasi manusia. Apa pun, you rock my childhood Oggy! I love you walaupun kau loser dengan serangga 3 ekor tuh. Hahaha

7) Spongebob Squarepants.


Sangat pelik cerita ni mula-mula aku tengok. Span boleh tinggal dalam laut, tupai pakai baju angkasawan, ketam yang sangat obses dengan duit, sotong yang sangat cool, dan tapak sulaiman yang bebal. Cerita ini kalau tak silap aku masih ditayangkan dekat tv sampai sekarang. Si lanun yang membuka tirai cerita ini mula-mula dia nyanyi waktu intro je, pastu dah lama-lama si lanun tu pun ada sekali episode dia. Rumah nenas di dalam lautan dalam memang sangat tak masuk akal aku rasa, senang cerita semua benda dalam cerita ni banyak yang tak masuk akal dari yang boleh diterima akal. Ada satu episode tu dia pergi pantai kan? Korang tak pelik ke kan diorang dah ada kat dalam laut, lepas tu boleh ada pantai lagi pulak? Sangat pelik okay. Hahaha. Tapi aku suka menonton cerita ini adalah sebab Squidward tu. Dia antara karakter yang sangat normal pada aku berbanding karekter-karekter tak normal yang lain. Walaupun dia sangat tak suka dengan Spongebob yang sangat menjengkelkan, hati dia tetap baik.

8) Usop Sontorian.


Cerita animasi yang penuh semangat patriotisme dan sangat kaya dengan budaya Malaysia. Ini adalah antara animasi peneraju yang mula-mula ditayangkan di kaca televisyen di Malaysia. Aku sangat suka cerita ini sebab setiap cerita dia mempunyai nilai-nilai baik untuk diikut. Asal cerita ini adalah daripada majalah Ujang dan diadaptasikan ke animasi. Watak utama Usop yang hanya ada gigi empat batang dan rakan-rakannya yang lain. Cerita ini dulu berjaya memupuk semangat setiakawan dalam diri aku. Sejak dari kecik lagi aku dah tanamkan semangat untuk berkawan dengan semua bangsa tanpa diskriminasi. Setting yang berdasarkan cerita daripada kampung dan desa yang permai menambahkan minat aku untuk menonton cerita ini sebab aku tinggal di luar bandar. Jadi, ia sedikit sebanyak agak sama dengan corak kehidupan yang aku lalui ketika itu. Walaupun cerita ini dah lama tiada di siaran televisyen, tapi impak yang diberikan sangat mendalam. Aku sangat suka cerita ini.

#fact: Kampung Parit Sonto wujud kalau korang nak tau la, ia terletak di Jalan Ayer Itam Kluang, Batu Pahat.


9) Keluang Man.


Dalam banyak-banyak lagu cerita kartun yang lain, cerita ini lagu dia paling catchy. Aku rasa setiap kanak-kanak 90 an yang tengok cerita ini mesti boleh hafal lagu dia. Tak kira la kau perempuan ke lelaki ke. Kisah berdasarkan pesakit mental di Tampoi Johor yang bernama Borhan. Siang hari dia pesakit mental yang biasa je, tapi bila malam dia jadi Keluang Man. Sangat cool! Oh yeaaahhh! Walaupun orang cakap cerita asal dia tiru seperti Batman, tapi pada aku Keluang Man adalah superhero penyelamat tempatan manakala Batman dia penegak keadilan Gotham. Inspektor Sahab adalah polis India yang karakter beliau sangat terkenal, aku dulu sampaikan kalau nampak polis je, kalau tak Sarjan Misai daripada Gerak Khas, mesti Inspektor Sahab yang aku boleh pikir pasal polis. Tak kira la nama kau Sulaiman ke, Hassan ke, Ismail ke, pada aku polis tu cuma ada dua nama sahaja, Sarjan Misai dengan Inspektor Sahab. Hahahaha. Sangat terpengaruh dengan rancangan televisyen kan? Antara peneraju jugak industri animasi tempatan di Malaysia selain Usop Sontorian. Watak Keluang Man ini diilhamkan oleh sekumpulan karyawan animasi pada tahun 1996 yang mengimpikan kehadiran Superhero Kebangsaan pada ketika itu. Keluang Man cuba lari dari konsep stereotaip cerita superhero sedia ada. Ia menampilkan watak hero yang bersahaja dan tidak ada 'Kuasa Hebat' melainkan panduan naluri dan kejujuran

#fact: Tiungman, side kick Keluang Man merupakan salah seorang pesakit mental jugak.


10) Pokemon.


Siri kartun yang paling lama aku rasa ditayangkan kat televisyen. Sampai sekarang cerita Pokemon ni dah sampai season berapa pun entah aku tak tau. Si Ash Ketchum ni pulak tak pernahnya besar sampai sekarang. Dia bermula dengan umur 10 tahun sampai sekarang pun aku rasa dia masih 10 tahun. Pikachu pulak selepas 10 tahun dia menjadi lebih kurus. Aku suka cerita dia season 1 dengan 2 sahaja, bila dah masuk season 3 dan sampai sekarang, makhluk pokemon dia dah merepek-repek. Mula-mula hanya ada lebih kurang 152 pokemon je yang perlu dianalisis oleh pokedex. Lepas dah masuk season 4, ada lagi binatang-binatang baru. Binatang punya Pokemon. Cerita ini mendapat tempat di hati aku kerana setiap pokemon hanya pandai cakap nama diorang sahaja. Kalau pun diorang bercakap antara sesama sendiri, diorang hanya pandai bertutur suku kata nama diorang. Professor Oak pun walau di uar-uarkan sebagai salah seorang pengkaji pokemon yang sangat hebat sangat jarang keluar daripada makmal pokemon dia. Sejarah bapa Ash pulak tak pernah diketahui umum sampaikan aku pun terpikir apa yang Professor Oak dengan Mak Ash buat masa Ash keluar mengembara ke dunia pokemon. Haaa! Kan konspirasi tuh. Dah la tu Ash ni pulak umur 10 tahun, gi mengembara ke tempat lain kan sangat berbahaya. Musuh sebaya Ash adalah Gary, seorang yang bad ass dan asshole. Setiap kali plot, mesti dia akan jauh setapak daripada Ash dan Gary ini adalah seorang kaki perempuan. Setiap kali jumpa, mesti ada lebih 5 orang perempuan yang sanjung dekat Gary ini. Pada aku, aku lagi suka Gary dari Ash, sebab Ash sangat loser. Walau bagaimana loser pun Ash, dia tetap didampingi seorang kawan perempuan comel yang sentiasa memberi semangat kepada Ash iaitu Misty dalam setiap episode di season 1 dan season 2. Polis Jenny dan Jururawat Joy dalam dunia ini semua mempunyai muka yang sama dan tali persaudaraan. Sangat mindfuck okay. Babih.
Apa pun cerita ini aku suka sebab dia ada game. Game dia pulak ada turn-based pertarungan. Tangkap pokemon dan lawan-lawan. Tujuan utama adalah untuk menjadi Pokemon Master.

Aku rasa sampai situ je la kot cerita pasal kartun zaman aku dulu. Walaupun banyak je kartun lain yang ada seperti Dexter and His Laboratory, Ultraman, Masked Rider, Felix the Cat, Mickey Mouse dan kartun Malaysia seperti Sang Wira kucing biru dari angkasa, Papa dan Mama Yokies, kartun yang aku listkan dalam senarai 10 tu memang sangat memberi kesan mendalam dan mendapat tempat di hati aku. Ultraman dan Masked Rider pula adik aku sangat suka cerita ni, tapi aku tak berapa suka sangat. Kenapa entah. Mungkin sebab perlawanan yang sama kot tiap-tiap episode, kau jadi besar, lampu kelip-kelip kau jadi power, kau boleh keluar pedang dari tali pinggang, kau ada motor yang sangat cool. Oh sungguh predictable. Power Rangers maybe sedikit predictable waktu taim lawan, tapi plot diorang sangat unpredictable menyebabkan dia lain sedikit dari Ultraman dan Masked Rider. Gaban aku tak pernah tengok, ia adalah zaman sebelum aku hidup, zaman abang aku. Jadi aku tak boleh komen banyak sangat sebab aku tak tau.


p/s: kadang-kala aku terpikir apa la rancangan kartun yang budak-budak sekarang ni tengok. Kualiti cerita yang tak best, plot tunggang langgang. Sungguh kesian okay, lagi-lagi diorang sekarang ni disogokkan dengan gajet-gajet teknologi canggih, sungguh tak best childhood diorang. Oh well. Till the next post. Cheers. Terima kasih baca :)

Wednesday, June 15, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...