Tuesday, February 24, 2009

Database

Place : Computer Laboratory
Class : Computer Science
Time : Between nap hours


Mode : Waaah~!!

ProjectCode - ProjectTitle - Duration
0001 - Painting - 2 days
0002 - Eating - 1 hour
0003 - Sleeping - 8 hours everyday
0004 - Giggling - Forever
0005 - Cleaning - Still wondering
0006 - Flirting - Depends on age
0123 - Gaming - Untill death comes to me
4123 - Racing - Everyday going to college with Nurhaniff
3596 - Joking - Joking no more, Ausmat to go!

Thats all thank you

Sunday, February 8, 2009

Minta Maaf~

Kepada semua orang yang mengenali diri ini.. Di sini saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk memaafkan segala salah dan silap saya.. Tidak lupe juga kepada perangai saya yang sangat pelik dan gile2 (yang mengenali Indera mesti tahu perangai Indera).. Jika terdapat salah faham dan terkasar bahasa, juga harap diampunkan kerana saya manusia biasa yang penuh dengan kesilapan dan kelemahan..

Saya tidak mahu menyatakan nama sesiapa di sini, itu adalah lebih adil untuk semua insan dan diharapkan kepada sesiapa yang membaca post ini memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan.. Hayatilah.. anda pasti faham jiwa seorang rakan anda ini..

Kepada sesiapa yang telah memberi hadiah kepada saya.. Saya ucapkan ribuan terima kasih.. Juga kepada sesiapa yang telah memberikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada saya.. Segala kata2 dan ucapan anda itu menunjukkan anda mengenali dan mengingati Indera, dan saya sangatlah menghargai segala perkara baik yang telah dicurahkan kepada saya..



Ampunilah saya,
Indera

Wednesday, February 4, 2009

Tips Mencari Teman Sejati

1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja, Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?

* Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
* Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu
* Karier impiannya ialah seorang ahli psikologi

2. Memahami, Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajarkamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

* Dia sedia dihubungi bila-bila masa 24jam sehari, 7 hari seminggu!
* Dia seorang teman yang komited.
* Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
* Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!

3. Profesional, Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

* Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
* Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
* Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
* Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.


4. Jujur, Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

* Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun. kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
* Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu
* Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!

5. Happy Go Lucky, Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria.

Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?

* Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
* Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan.
* Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!



Hindari teman anda jika:

Teman yang Menjatuhkan kamu

* Gemar mencari kesalahan orang lain
* Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja
* Dia tidak memiliki ramai kawan!

Teman yang memiliki pengaruh negatif

* Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
* Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH!
* Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!

Teman yang mempergunakan kamu

* Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu
* Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
* Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.

Teman yang tikam dari belakang ( Macam cerita Jangan Main Belakang tu! )

* Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
* Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
* Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.

Teman yang suka meniru kamu!

* Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
* Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
* Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...