Sunday, February 8, 2009

Minta Maaf~

Kepada semua orang yang mengenali diri ini.. Di sini saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk memaafkan segala salah dan silap saya.. Tidak lupe juga kepada perangai saya yang sangat pelik dan gile2 (yang mengenali Indera mesti tahu perangai Indera).. Jika terdapat salah faham dan terkasar bahasa, juga harap diampunkan kerana saya manusia biasa yang penuh dengan kesilapan dan kelemahan..

Saya tidak mahu menyatakan nama sesiapa di sini, itu adalah lebih adil untuk semua insan dan diharapkan kepada sesiapa yang membaca post ini memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan.. Hayatilah.. anda pasti faham jiwa seorang rakan anda ini..

Kepada sesiapa yang telah memberi hadiah kepada saya.. Saya ucapkan ribuan terima kasih.. Juga kepada sesiapa yang telah memberikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada saya.. Segala kata2 dan ucapan anda itu menunjukkan anda mengenali dan mengingati Indera, dan saya sangatlah menghargai segala perkara baik yang telah dicurahkan kepada saya..



Ampunilah saya,
Indera

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...