Salam pembaca yang dihormati
Hari ini hari Selasa, 6 July 2010. Aku bangun awal untuk solat subuh dan bersiap-siap untuk mengikuti trip. Rakan-rakan aku pun turut bangun awal untuk bersama-sama mengikuti trip pada pagi ini. Pada malam tersebut, kami telah diperingatkan untuk berkumpul di rumah Barkly St (salah sebuah rumah senior) untuk pergi ke tempat yang dituju bersama-sama. Perjalanan dari rumah Capet St ke rumah Barkly St mengambil masa lebih kurang 20 minit. Untuk menepati janji untuk sampai pada jam 7 pagi di Barkly St yang telah dibuat pada malam sebelum itu, genap jam 6, kami bersiap untuk bertolak.
Capel St House, rumah no 32-34
Capel St ke Barkly St
Lebih kurang jam 6.45 pagi, kami tiba di Barkly St. Aku tengok kawan-kawan aku yang tidur di Barkly St masih mamai. Diorang baru nak bersiap-siap. Senior yang nak pergi trip pun sama je aku tengok. Kata janji jam 7 berkumpul. Tapi jam 6.45 kau baru la nak menggelabah nak bersiap. Aku dah la sejuk naik tram dan berjalan pagi pagi buta.
Setelah semua orang bersiap, kami semua bertolak dari rumah Barkly St jam 8 pagi setelah taklimat ringkas yang diberi oleh Fauzi Bashir atau nama panggilannya Poji (senior tahun ke 3 University of Sydney). Sewaktu perjalanan, kami telah disediakan breakfast roti sardin. Alhamdulillah, kenyang perut.
3 jam di dalam kereta tidak mendorong mata aku untuk tidur kerana aku sudah tidur dengan secukupnya pada malam tadi. Pemandangan perjalanan dari Barkly St hingga ke Phillips Island cukup indah. Sayang untuk tidur di perjalanan.
Antara tarikan yang menarik jiwa raga aku.Haha
Lepas tu ada virtual surfboard. Naik atas surfboard lepas tu kena pandai-pandai kawal. Orang lain semua duduk nak kawal benda ni. Tapi aku lain dari yang lain, takkan nak ikut orang je, tak best la kan? Aku suka buat benda ikut cara aku. So, ini la hasilnya.
Untuk pengetahuan semua, semua permainan dan alat-alat yang menarik ni berada di dalam bangunan. Banyak lagi benda-benda pelik yang aku jumpa, tapi aku tak snap semua benda. Sebab kat luar bangunan ada lagi benda yang menarik aku nak ajak korang tengok.
Salah satunya ialah Maze. Tempat ni macam game PacMan. Perasaan menjadi PacMan korang boleh rasa bila masuk dalam maze ni. Antara gambar yang aku sempat snap.
Dalam gambar ni kawan aku, Syahir. Aku snap dari atas menara.
Selesai di The Amaze’n Things kami meneruskan perjalanan ke tempat yang digembar gemburkan menarik. Masih di pulau yang sama, tetapi destinasi yang berlainan. Aku ada ambil video kat tempat ni sebab aku rasa sesuatu yang sungguh menambat hati. Memang membuka mata aku untuk melihat keindahan alam yang diciptakan Allah. Subhanallah.
Tapi disebabkan ada masalah teknikal iaitu upload error, jadi video tu tak boleh aku nak tunjukkan kat sini. Semalaman aku cuba upload tapi masih tak ada apa-apa yang berlaku. Minta maaf. Kalau ada apa-apa update nanti aku bagitau. Aku upload kat youtube dulu ke baru aku link ke blog ini. Apa apa hal tunggu saja update.
Kitorang luangkan masa kat tempat ini dalam satu jam setengah. Siap solat jamak Zuhur dan Asar berjemaah serta makan tengah hari. Bekalan yang siap dibawa bersama dipanaskan dulu sekejap sebelum dihidangkan untuk makan. Tempat ni memang sangat sejuk. Kalau korang perasan dalam video tu dengar bunyi angin kuat. Memang sangat kuat dan sangat sejuk.
Seterusnya, setelah semua orang pun dah berpuas hati, kitorang pun sambung perjalanan ke Chocolate Factory. Dalam kilang ni, diorang tunjuk macam mana cokelat dibuat, daripada koko, kemudian dikisar dan sebagainya. Ada satu mesin ni aku tengok dah macam mesin pembuat hujan cokelat pulak, sebab cokelat yang dibuat tu sangat menggamit pandangan. Tapi aku tak ambil gambar sebab waktu ni kamera aku tinggal dalam kereta. Aku ingatkan datang nak beli cokelat je mulanya.
Walaubagaimanapun, aku sempat ambil gambar menggunakan iPhone aku kat depan Chocolate Factory ni.
Chocolate Factory :)
Lepas tu sebelum balik, sempat lagi bergambar group!