Kali ini aku nak berkongsi cerita kepada korang semua tentang bagaimana aku menghabis waktu cuti winter aku di Australia. Pertama sekali. Cuti aku bermula pada 3 Julai hingga 25 Julai 2010. 3 dan 4 Julai adalah hari Sabtu dan Ahad. Tidak banyak perkara yang berkaitan tentang perjalanan musim sejuk aku kecuali fasa mengemas pakaian. Haha
Kalau nak diikutkan, aku mula mengemas pada malam sebelum perjalanan musim sejuk aku bermula, iaitu pada malam Ahad. Mengikut pengalaman aku la, orang lelaki ni hanya memerlukan 2 jam untuk mengemas barang-barang diorang. Dan 2 jam yang aku maksudkan ialah ketika sebelum sesuatu perjalanan bermula. Bagi aku perkara ini sangat time-effiecient.
Ni barang-barang yang aku akan bawa pada ketika fasa mengemas 2 jam sebelum berangkat. Tiket kapal terbang aku pada hari tu ialah pada pukul 6.10 pagi lebih kurang. Jadi aku kena berangkat ke lapangan terbang Adelaide pada jam 5 pagi. Seriously, aku memang mula berkemas dalam pukul 3 pagi. Haha
Ni pula barang-barang yang berada di atas meja. Benda yang aku mesti bawak ialah skaf warna biru (untuk memanaskan kawasan leher) dengan beg yang warna coklat (dalam dia rahsia!)
Luggage (bagasi)
Okay, lebih kurang pukul 5, aku dan 2 orang kawan aku (Firdaus dan Fahmi) lagi dah siap berada di lapangan terbang. Kawan aku lagi 2 orang, Ikhwan dan Hanif, yang tak ikut serta tolong menghantar aku, Firdaus dan Fahmi ke lapangan terbang. Terima kasih korang! Sampai kat lapangan terbang, aku kena ke kaunter check-in luggage sebab kitorang bertiga bercadang untuk bersama-sama kongsi satu beg besar untuk memuatkan 3 sleeping bag dan pakaian-pakaian tambahan. Selesai dengan proses tersebut, kami bertiga terus ke terminal 31, tempat menunggu kapal terbang Tiger Airways ke Melbourne, Australia di mana destinasi pertama yang kami tuju.
Genap jam 6.15 kapal terbang pun berlepas. Lebih kurang 1 jam setengah kami pun tiba di lapangan terbang di Melbourne. Aku tak dapat tidur sepanjang perjalanan tu. Penat aku cuba memejamkan mata. Tapi hampa, aku memang tak tidur sepanjang penerbangan. Nasib baik aku dulu tepi tingkap. Dapat lihat pemandangan luar dari atas kapal terbang dengan jelas!
Turun sahaja dari kapal terbang, kami terus mengambil bagasi dan maju keluar dari kawaasan lapangan terbang untuk menaiki kapal terbang ke rumah kawan kami di 32 Capel St West Melbourne 3003 Victoria. Kami bertiga menaiki teksi dan perjalanan itu mengambil masa lebih kurang 20 minit dari lapangan terbang.
Antara aksi yang sempat ditangkap. Tengok mata mengantuk tak cukup tidur. Ni dalam teksi
Kami tiba di lapangan terbang jam 8 setengah lebih kurang dan menaiki teksi untuk tiba di rumah kawan di Melbourne jam 9 camtu. Sampai-sampai je kami disambut mesra oleh kawan-kawan yang menetap di Capel St ni. Kami dijamu dengan nasi goreng dan ayam goreng. Kawan-kawan yang tinggal di rumah ni adalah kawan-kawan yang sekolej dulu masa di KBU International College. Sama-sama belajar untuk preparation course. Sembang punya sembang, dah sampai tengah hari. Lepas sembahyang Zuhur, Fid (Firdaus) dan Cho (Fahmi) terus mengajak keluar untuk bersiar-siar di bandar Melbourne. Waktu ni, mata aku mengantuk sangat-sangat. Aku tak ikut diorang, aku tidur sampailah masuk waktu Asar, jam 3.15 petang. Badan aku memang tak boleh pergi dah waktu ni. Aku suruh diorang pergi jalan la dulu. Aku tidur nak bagi hilang penat.
Bangun dari tidur, aku mandi untuk segarkan badan. Lepas tu bersiap-siap nak keluar. Fikri yang menjadi tour guide aku di Melbourne. Musim sejuk dan persekitaran yang memang sejuk memaksa aku membawa sweater (baju sejuk) bersama. Kami cuba catch up dengan Fid, Cho dan rakan-rakan yang lain yang keluar awal. Sepanjang perjalanan, aku dengan Fikri bersembang banyak cerita. Dah lama tak jumpa kan. Fikri ni aku dah kenal dia sejak dari aku tingkatan satu lagi. Dia adalah rakan aku yang bersama-sama menjadi anak angkat syarikat Johawaki Holdings di Batu 3 Sg Buloh Shah Alam. Macam-macam program yang dianjurkan oleh syarikat Johawaki kami sama-sama sertai sejak dari tingkatan satu. Tu yang aku kenal sangat-sangat dengan Fikri ni.
Ni pose di depan Melbourne Convention Exhibition Centre. Masa ni nak kejar Fid, Cho dan rakan-rakan lain yang keluar awal. Mereka semua tunggu kitorang di DFO kalau tak silap. DFO ini tempat membeli belah jugak la. Nama penuh untuk DFO ialah Direct Factory Outlet. Kat sini, aku sempat beli 2 helai thermal wear. Dah berkumpul semua orang, kami sama-sama bergambar.
Puas berjalan dan bersiar-siar, kami semua pergi makan di kedai makan Indonesia terletak di depan Victoria State Library. Nama kedai makan tu Estellar. Aku order nasi goreng daging dengan air soda gembira. Lepas makan. Kami semua, budak-budak lelaki balik ke rumah Capel St. Yang perempuan balik rumah diorang. Semua kena tidur awal sebab esok ada aktiviti yang menarik yang akan aku ceritakan lagi.
No comments:
Post a Comment