Saturday, August 21, 2010
Terasa gila!
aku akhir-akhir ni terasa banyak perkara tak sepatutnya berlaku kat aku tapi perkara tu tetap berlaku. Aku tak tau kenapa aku EMO sangat pasal benda ni, walaupun aku tau benda yang aku tunggu tu boleh ditunggu lagi untuk beberapa hari.
Ceritanya begini. Aku beli barang online. Seminggu lepas pada hari Ahad aku place order, lepas tu barang yang aku beli ini boleh ditrack online. Nak dijadikan cerita, aku setiap hari menunggu perjalanan daripada hari Isnin ke hari Selasa, kemudian Rabu diikuti Khamis dan kemudiannya aku tengok di tracking service.
Kemudian hari yang ditunggu menjadi hari Jumaat. Aku ada kelas pada pagi tersebut sampai jam 11 pagi. Masa di dalam kelas, dalam hati aku ada dua tempat aku akan pergi lepas kelas. Satu, samada aku pergi bank untuk mengactivatekan kad debit aku yang baru sampai rumah pada hari Khamis dan kedua, untuk balik rumah terus untuk menerima parcel yang aku jamin telah sampai. Fikir punya fikir, aku membuat keputusan untuk pergi ke bank. Priority aku sebenarnya adalah parcel yang telah lama aku tunggu, bank petang lepas sembahyang Jumaat boleh pergi lagi. Tapi aku memang paling tensen bab yang ni. Kalaulah aku balik dulu masa ini.
Untuk pengetahuan semua, aku pada pagi Jumaat sebelum pergi kelas jam 9 pagi pun aku masih lagi check proses penghantaran barang aku. Aku yakin yang barang aku akan sampai rumah pada hari ini juga. Tapi part ni, yang memang aku menyesal, terasa sial, macam nak sepak orang, rasa macam nak langgar kepala aku kat dinding dan perkara-perkara yang korang rasa kalau kau bengang kau akan buat.
Aku balik rumah lepas siap hal semua di bank. Setibanya aku di rumah pada jam 11.30 pagi, aku pergi tengok peti surat depan rumah. Lepas tu aku nampak benda ni.
Kad ni bagitau yang diorang terlepas bagi barang dekat aku atau dalam bahasa Jawanya, SORRY, WE MISS YOU! aku naik hantu jugak la pada waktu ni. Kalau korang tengok betul-betul, waktu yang diorang terlepas tu hanyalah 10 minit sebelum aku sampai rumah. Barang ni perlukan tandangan, sebab tu dia tak tinggal merata depan rumah je. Takut orang lain ambil, lagi aku terasa macam nak bunuh orang! Time ni. aku terasa menyesal pulak pergi bank dan yang sewaktu dengannya. Lepas tu dia ada sertakan no telefon untuk aku dail, tak ada pulak dia sertakan alamat serta tempat untuk aku amik bila terjadi benda-benda macam ni. Aku memang TENSEN! sumpah aku terasa macam nak sepak mail box depan rumah aku time ni.
Aku tak tau kenapa aku jadi tak sabar sangat dengan parcel kali ini. Isshh! Aku telefon tau, bukan aku tak telefon. Aku cakap boleh tak aku nak amik parcel tu dekat kau punya depot or warehouse or whatsoever. Then dia cakap, I'm sorry we can't help you sir. The item is on the way to other places with the driver, we can't do anything. Kemarahan aku bertambah lagi time ni. Then aku cakap, I'm sorry can I just go to your depot or warehouse to take my item? Dia pun jawab benda yang sama, bukannya nak cakap kat mana tempat depot kau! Aku berang gak dengan operator, aku tak tau kenapa aku bengang semacam. Padahal operator tu cakap rilek je. then dia tambah, if you wanna re-posting the parcel, we can do that, but I'm afraid it's gonna be on next week Monday or Tuesday for the item to safely arrived at your door. Damn! Aku kena tunggu satu weekend lagi baru boleh amik barang tu? Aku memang dah tak tau nak buat apa aku pun balas, it's okay then, I'll wait for until next week. WTF?
Setelah ambil butir-butir aku semua dia pun cakap okay and bla bla bla. Aku pun cakap have a nice weekend! Abis je perbualan ni, semua plan weekend aku, semuanya! Aku cakap SEMUA okay? Tidak best, tak meriah, tak ceria dan tak memberi kuasa dalaman untuk aku terus maju kehadapan. Homework pun aku tengok dengan pandangan yang tak lalu nak buat.
Senang cerita aku hilang semangat untuk buat apa benda. Memang DOWN habis la.
Tapi cerita ini tak habis sampai setakat tu je, dia bersambung sampai hari ini. Hari Sabtu. Aku malam tadi check internet untuk tengok kat mana la depot syarikat penghantaran ni. Check punya check dia terletak di Airport. Lepas tu aku bercadang untuk pergi pada esok harinya, iaitu hari ini. Aku ingat nak pergi pada awal pagi tapi aku bangun pada jam 11.30. Aku tidur lepas sahur. Sebab malam tadi aku tengok cerita FRIENDS sampai jam berapa pagi entah. Bangun je, aku bersiap-siap, mandi apa semua, capai kunci kereta dan terus gerak ke Airport Adelaide. Sampai di area Airport, aku nampak syarikat penghantaran ni, aku terus parking kereta di tempat parking yang disediakan. Tak ada orang pun dalam hati aku. Aku jalan ke tempat depot dia, aku nampak ada pintu cermin warna hitam dan ada notis. Notis tu beritahu, collection time Saturday from 6 to 12 pm. Sunday closed! Aku pulak sampai di tempat warehouse tu pada jam 12.30. ohhh my god!
Sekali lagi, aku terasa sial dan nak langgar orang pulak kali ini. Lepas tu balik dengan keadaan yang hampa dan kecewa seluruh hati dan fizikal. Lepas tu malam ni aku terasa nak tulis dan luahkan perasaan aku selama beberapa hari yang lepas ni. Memang tak keruan rasanya. Palat seharian, eh dah dua hari palat. Arggghh! Geramnyaaa!
Aku percaya korang mesti cakap suruh aku rilek dan sebagainya. Benda tu boleh tunggu. Banyakkan bersabar di bulan Ramadhan ni. Tapi masalahnya, aku pun tak tau la kenapa aku boleh menggila semenjak dua menjak ni. Memang ada je yang tak kena. Petang tadi ada buka puasa beramai-ramai pun aku tak pergi. Sebab tak ada mood. Oh memang tak tau la kenapa. Asal aku macam ni? Geram pulak aku dengan diri aku. Hahaha
Entah ar, aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam ini. Oh memang tensen! Kalau korang nak tau benda tu apa yang boleh menyebabkan aku tensen semacam ni ialah produk Apple iaitu Ipod Shuffle!
Salam Ramadhan daripada aku :)
Wednesday, August 18, 2010
Tak puasa!
1) Tempoh berpuasa
Maksud yang aku ingin sampaikan ialah berapa jam aku diwajibkan berpuasa dalam sehari. Waktu Subuh di sini adalah pada jam 5.25 lebih kurang dan waktu Maghrib ialah pada jam 5.40 petang. Jadi boleh kata aku berpuasa dengan jangka masa yang lebih pendek daripada di tanah airku, Malaysia.
2) Sahur
Sahur aku rajin bangun. Aku suka kumpul pahala di bulan yang mulia ni. Lagipun dengan bersahur, aku insyaAllah takkan terlepas, tertinggal dan ter'gajah' Subuh. Sahur aku makan makanan yang ada di dapur. Selalunya aku buat air milo panas dengan makan biskut. Memang tak dapat la nak makan lauk sedap-sedap yang selalu mak aku buat kalau kat Malaysia.
3) Siang hari
Lepas solat Subuh, aku tak suka tidur balik sebenarnya. Sebab nanti perut rasa tak selesa kalau nak bangun balik. Jadi aku luangkan masa dengan membaca beberapa helai muka surat di dalam Al Quran. Lepas tu aku mandi, bersiap-siap ke Universiti pada jam 8 pagi. Kalau aku tidur balik pun aku akan bangun pada jam 7.30 sebab taknak terlambat datang ke lecture ataupun tutorial.
Banyak dugaan juga la berpuasa di sini. Sebab orang kat sekeliling semua tak berpuasa kecuali yang beragama Islam. Tapi majoriti orang memang tak puasa la, dah diorang Mat dan Minah Salleh. Aku dalam 2 hari lepas pergi lecture politik pada jam 2 petang. Aku duduk kat seat belakang sekali, sebab seat belakang paling dekat dengan pintu keluar, hehehe dan yang paling tinggi sekali. Nak dijadikan cerita, Mat Salleh sorang ni, Australian, dia duduk sebelah aku. Tengah-tengah lecture dia pergi buka beg dia, amik bekal makanan, lepas tu makan. Pergghhh! aku dah la lapar tahap gaban masa tu. Makanan dia bau sedap pulak tu. Lazaaaat berkrrriiiiimmmmmm beb senang cakap! Setiap suapan dia menusuk hati dan perut serta usus aku. Lecture kat depan aku tak dengar apa dah. Aku dengan bunyi suapan dan kunyahan daripada mulut dia je. Argghhh! Tensen aku sepanjang lecture tu. Hahaha
Dugaan lain kau jangan cakap la, bab mata memang kena sendiri kena ingat, diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat. Jadi memang kena tepuk dada, tanya Iman.
4) Bazaar
Dekat sini memang takda la bazaar Ramadhan. Aku sebenarnya bukannya fan of Bazaar Ramadhan pun. Tapi kadang-kadang terasa nak pergi jugak, sebab pergi Bazaar Ramadhan boleh bau makanan sedap-sedap. Aku kalau pergi pun setakat beli kuih pastu dah. Sebab aku kecik-kecik dah puas pergi Bazaar Ramadhan. Kalau pergi beli banyak-banyak lepas tu lepas berbuka satu pun tak makan. Dah kena marah dengan mak aku. Terus aku taknak jadi kawan karib Syaitan, aku beli sikit je. Tapi still, benda ni juga la yang membuatkan aku serba sedikit rindu dekat Malaysia.
5) Iftar atau Berbuka Puasa
Aku makan dekat rumah je, kitorang satu rumah masak bergilir-gilir. Aku masak pada hari Rabu, iaitu hari ini, hari aku publish post ini. Aku masak Ayam Masak Merah dengan Tomyam Sayur harini. Sedapp beb! Haha
6) Terawih
Aku selalu solat Isyak dengan Terawih dekat Masjid. Kat sini ada masjid jugak. Diorang buat 8 rakaat, aku pun buat 8 rakaat je sebab aku nak balik awal nak sambung buat homework. Isyak di sini lebih kurang jam 7 petang. Solat terawih habis jam 8 dan 8.15 aku dah sampai rumah. Bezanya terawih di sini ialah takda bacaan-bacaan atau zikir di antara rakaat. Lepas habis 2 rakaat, terus bangun balik dan sambung rakaat yang seterusnya sehingga la habis 8 rakaat.
Itulah sedikit sebanyak aku boleh ceritakan pengalaman aku bersahur di sini. Aku sebenarnya bab-bab berpuasa ni tak da lah kesah sangat. Maksud kesah ialah pasal makanan. Aku tak suka makan banyak-banyak ketika berbuka sebab nanti nak pergi Terawih mesti terasa berat. Puasa ni pada aku adalah bulan di mana kita digalakkan beribadah kepada Allah. Lagi satu, aku rasa pada bulan Ramadhan ni juga waktu yang paling baik untuk kita bermuhasabah diri, berfikir dengan lebih baik sebab perut tak kacau dah otak. Otak tak payah susah-susah nak pikir pasal perut lagi. Sebab tu kalau korang perasan, belajar pada waktu Ramadhan senang nak paham.
Okay, sampai di sini sahaja lah aku rasa. Sambung di lain hari pula. Aku teringat aku masih belum habis update pasal holiday aku di Australia. Nanti ada kesempatan aku akan tulis lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.
Hari tu aku masa aku layari YouTube aku tengok video ni, kesian dia obses dengan DOTA. Enjoy!
Monday, August 16, 2010
Gebang dengan duit berjuta-juta di Facebook
Korang mesti pernah ditag, nampak member ditag di dalam gambar orang yang pegang duit RM 50 banyak-banyak kan? Korang tak rasa menyampah ke tengok? Aku ada cerita nak kongsikan bersama dengan korang semua. Sedikit sebanyak dia berkait juga la dengan keluarga MLM, login facebook dapat duit dan sebagainya. Hakikatnya semua tu hanyalah penipuan semata-mata. Masakan login facebook saja boleh dapat duit?
Sebelum facebook menjadi terkenal di serata dunia, ada satu perniagaan networking yang sering menjadi sumber pendapatan pelajar-pelajar kolej atau universiti di Malaysia. Kisah ni berlaku dekat aku masa aku umur 18 tahun. Tak perlu aku ceritakan tempat berlaku di mana hanyalah cukup sekadar mengetahui ianya berlaku di sekitar Kuala Lumpur. MLM atau nama panjangnya ialah Multi Level Marketing sangat kerap aku dengar sewaktu aku masih di zaman sekolah lagi. Waktu tu aku baca di dada akhbar dan kadang-kadang melihat iklan di televisyen yang menayangkan sketsa mengenai jangan percaya skim cepat kaya dan sebagainya. Aku pun masih teringat dalam cerita Kisah Benar yang ditayangkan di TV2 beberapa tahun dahulu.
Cerita bermula dengan seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan hidup bahagia walaupun hanya bekerja sebagai seorang penghantar surat. Konflik berlaku apabila suami itu dipelawa rakan-rakan yang kononnya ‘berjaya’ dengan memakai baju pejabat, membawa kereta mewah dan mempunyai telefon bimbit serba canggih untuk memasuki skim cepat kaya dan sebagainya. Di akhir cerita, suami ditipu dan seluruh keluarga menanggung hutang yang banyak serta keluarga porak peranda. Aku percaya kita semua taknak perkara itu berlaku kat kita di masa hadapan bukan? Seluruh kebahagiaan yang dibina hanya musnah kerana tamak kekayaan dunia, ingin kan duit lebih dengan harapan dapat memberi kebahagiaan. Tapi terus terang aku pesan, tak ada guna ikut benda-benda macam ini. Hanya membazir masa, duit, dan tenaga.
Berbalik kepada kisah aku, aku pernah diajak rakan untuk menjadi ahli salah satu syarikat MLM ni, kerana melalui apa yang mereka lihat, aku mempunyai kualiti daya penarik yang tinggi. Pandai bercakap, senang bergaul dengan orang yang tidak dikenali, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan ada potensi untuk mendapat hasil lumayan yang banyak. Walau macam mana pun diorang tawarkan, aku tolak mentah-mentah. Pernah ada seorang dealer ni yang marah betul dengan sikap aku yang sombong, berlagak la, tak nak dengar orang cakap la dan sebagainya. Hakikatnya, hati aku tetap cakap TAKNAK. Kalau dah tak nak kau paksa macam mana pun aku mesti akan memberontak. Dia siap sumpah aku lagi, “kalau satu hari nanti kau datang melutut dengan aku, aku takkan layan kau”. Aiikkk? Sampai macam tu pulak. Takpa lah, “aku pun tak ingin nak merayu-rayu dengan kau yang tak punya budi bahasa macam ni” bisik hati kecilku.
Secara peribadi, aku lihat semua perkara-perkara yang berkaitan cepat kaya, dapat duit mudah, login dapat duit dan sebagainya hanyalah satu matlamat jangka pendek dan tidak kekal. Masakan usaha yang sedikit mendapat hasil yang banyak? Aku lebih percaya dengan usaha yang sederhana tetapi berkekalan. Mana boleh kau senang-senang je mendapatkan kesenangan tanpa perlu berkorban. Kejayaan yang bermakna adalah kejayaan yang dikecapi setelah melalui beberapa langkah atau fasa. Sebagai contoh, sewaktu kita lahir, kita melalui fasa menangis. Kemudian setelah beberapa tahun, deria merasa, deria melihat, dan merangkak. Seterusnya, berkomunikasi. Sampai di alam persekolahan, belajar mengira, membaca. Di peringkat yang lebih tinggi sedikit, menganalisa, memberi pandangan secara kritikal, menyelesaikan masalah kompleks, memahami hati budi dan sikap orang di sekeliling kita, dan akhirnya sampai di peringkat umur 20 tahun di mana seseorang itu boleh dianggap matang, dan mampu berdikari tanpa bantuan orang lain.
Cuba korang bayangkan, ada ke orang dewasa yang melompat dari fasa bayi terus ke fasa dewasa? Sangat tak logik. Mungkin analogi tentang manusia sangat sukar untuk difahami. Aku beri contoh yang lain. Katakan la kau belajar matematik tambahan di sekolah menengah, aku percaya kau mesti kena belajar matematik dahulu di peringkat menengah bawah, tingkatan 1-3 di mana sebelum menegah bawah, kau telah mengenali dan memahami konsep matematik mudah di peringkat sekolah rendah. Bayangkan kalau kau melangkah menengah bawah dan dari peringkat sekolah rendah kau terus belajar matematik tambahan. Tak pening kepala otak kau? Boleh ke? Boleh? Tak boleh kan? Melainkan kau Adi Putra yang telah dikurniakan akal mengira boleh la. Secara umumnya, memang tak boleh melangkah fasa-fasa.
Begitu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan duit, kejayaan, kebahagian dan yang sewaktu dengannya. Kalau kau nak duit yang banyak, kerjalah. Usaha dengan cara yang betul, walaupun sedikit yang diperoleh, kalau dikumpul akan menjadi banyak juga. Pernah dengar peribahasa “sehari selembar benang lama-lama menjadi kain” dan “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”? Tak ada perkara yang boleh dibuat dalam sehari lepas tu terus dapat hasil lumayan yang banyak. Jadi tolong lah, tolong la sangat aku minta korang. Jangan percaya dengan MLM dan seangkatan kapal-kapalnya. Walau sebesar mana pun kapal yang diorang bawa, tawar atau beri tolong lah jangan naik. Aku pernah terbaca di sebuah artikel yang sangat menarik, lupa sumbernya. Tapi berbunyi lebih kurang begini. “MLM itu sistem piramid, Firaun dulu pun buat piramid tapi berbangga dan bongkak sehingga mengakui dirinya tuhan. Jangan lah ikut seperti Firaun yang tamakkan harta benda”
Faham kan? Jangan lah teruskan agenda firaun ni, tak elok. Baik kau ajak orang ramai-ramai bersedekah, ke masjid ke lagi bagus daripada kau lepak kat kedai makan mamak sembang pasal MLM dan sebagainya. Rata-rata yang aku tengok terikut atas ajakan kawan, terpengaruh dengan member adalah daripada bangsa aku sendiri. Orang MELAYU. Aku tak pernah nampak pun orang Cina ajak member dia masuk MLM, orang India ramai-ramai bersembang pasal MLM. Yang jelas dan nyata hanyalah orang Melayu! Tak payah la. Tolong la, aku rasa kau kena tonton balik video di Youtube sajak yang bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’ yang pernah dideklamasikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia suatu masa dahulu. Tengok jangan tak tengok. Fahamkan betul-betul dan jadilah orang yang disegani dengan membina kejayaan sedikit demi sedikit bukannya dengan jalan mudah.
Aku perasan rajin harini, aku siap link kan video tu di Youtube. Sila klik di sini.
Sekian :)