Saturday, August 21, 2010

Terasa gila!

Salam,

aku akhir-akhir ni terasa banyak perkara tak sepatutnya berlaku kat aku tapi perkara tu tetap berlaku. Aku tak tau kenapa aku EMO sangat pasal benda ni, walaupun aku tau benda yang aku tunggu tu boleh ditunggu lagi untuk beberapa hari.

Ceritanya begini. Aku beli barang online. Seminggu lepas pada hari Ahad aku
place order, lepas tu barang yang aku beli ini boleh ditrack online. Nak dijadikan cerita, aku setiap hari menunggu perjalanan daripada hari Isnin ke hari Selasa, kemudian Rabu diikuti Khamis dan kemudiannya aku tengok di tracking service.

Kemudian hari yang ditunggu menjadi hari Jumaat. Aku ada kelas pada pagi tersebut sampai jam 11 pagi. Masa di dalam kelas, dalam hati aku ada dua tempat aku akan pergi lepas kelas. Satu, samada aku pergi bank untuk mengactivatekan kad debit aku yang baru sampai rumah pada hari Khamis dan kedua, untuk balik rumah terus untuk menerima parcel yang aku jamin telah sampai. Fikir punya fikir, aku membuat keputusan untuk pergi ke bank. Priority aku sebenarnya adalah parcel yang telah lama aku tunggu, bank petang lepas sembahyang Jumaat boleh pergi lagi. Tapi aku memang paling tensen bab yang ni. Kalaulah aku balik dulu masa ini.

Untuk pengetahuan semua, aku pada pagi Jumaat sebelum pergi kelas jam 9 pagi pun aku masih lagi check proses penghantaran barang aku. Aku yakin yang barang aku akan sampai rumah pada hari ini juga. Tapi part ni, yang memang aku menyesal, terasa sial, macam nak sepak orang, rasa macam nak langgar kepala aku kat dinding dan perkara-perkara yang korang rasa kalau kau bengang kau akan buat.

Aku balik rumah lepas siap hal semua di bank. Setibanya aku di rumah pada jam 11.30 pagi, aku pergi tengok peti surat depan rumah. Lepas tu aku nampak benda ni.

Kad ni bagitau yang diorang terlepas bagi barang dekat aku atau dalam bahasa Jawanya, SORRY, WE MISS YOU! aku naik hantu jugak la pada waktu ni. Kalau korang tengok betul-betul, waktu yang diorang terlepas tu hanyalah 10 minit sebelum aku sampai rumah. Barang ni perlukan tandangan, sebab tu dia tak tinggal merata depan rumah je. Takut orang lain ambil, lagi aku terasa macam nak bunuh orang! Time ni. aku terasa menyesal pulak pergi bank dan yang sewaktu dengannya. Lepas tu dia ada sertakan no telefon untuk aku dail, tak ada pulak dia sertakan alamat serta tempat untuk aku amik bila terjadi benda-benda macam ni. Aku memang TENSEN! sumpah aku terasa macam nak sepak mail box depan rumah aku time ni.

Aku tak tau kenapa aku jadi tak sabar sangat dengan parcel kali ini. Isshh! Aku telefon tau, bukan aku tak telefon. Aku cakap boleh tak aku nak amik parcel tu dekat kau punya depot or warehouse or whatsoever. Then dia cakap, I'm sorry we can't help you sir. The item is on the way to other places with the driver, we can't do anything. Kemarahan aku bertambah lagi time ni. Then aku cakap, I'm sorry can I just go to your depot or warehouse to take my item? Dia pun jawab benda yang sama, bukannya nak cakap kat mana tempat depot kau! Aku berang gak dengan operator, aku tak tau kenapa aku bengang semacam. Padahal operator tu cakap rilek je. then dia tambah, if you wanna re-posting the parcel, we can do that, but I'm afraid it's gonna be on next week Monday or Tuesday for the item to safely arrived at your door. Damn! Aku kena tunggu satu weekend lagi baru boleh amik barang tu? Aku memang dah tak tau nak buat apa aku pun balas, it's okay then, I'll wait for until next week. WTF?

Setelah ambil butir-butir aku semua dia pun cakap okay and bla bla bla. Aku pun cakap have a nice weekend! Abis je perbualan ni, semua plan weekend aku, semuanya! Aku cakap SEMUA okay? Tidak best, tak meriah, tak ceria dan tak memberi kuasa dalaman untuk aku terus maju kehadapan. Homework pun aku tengok dengan pandangan yang tak lalu nak buat.

Senang cerita aku hilang semangat untuk buat apa benda. Memang DOWN habis la.
Tapi cerita ini tak habis sampai setakat tu je, dia bersambung sampai hari ini. Hari Sabtu. Aku malam tadi check internet untuk tengok kat mana la depot syarikat penghantaran ni. Check punya check dia terletak di Airport. Lepas tu aku bercadang untuk pergi pada esok harinya, iaitu hari ini. Aku ingat nak pergi pada awal pagi tapi aku bangun pada jam 11.30. Aku tidur lepas sahur. Sebab malam tadi aku tengok cerita FRIENDS sampai jam berapa pagi entah. Bangun je, aku bersiap-siap, mandi apa semua, capai kunci kereta dan terus gerak ke Airport Adelaide. Sampai di area Airport, aku nampak syarikat penghantaran ni, aku terus parking kereta di tempat parking yang disediakan. Tak ada orang pun dalam hati aku. Aku jalan ke tempat depot dia, aku nampak ada pintu cermin warna hitam dan ada notis. Notis tu beritahu, collection time Saturday from 6 to 12 pm. Sunday closed! Aku pulak sampai di tempat warehouse tu pada jam 12.30. ohhh my god!

Sekali lagi, aku terasa sial dan nak langgar orang pulak kali ini. Lepas tu balik dengan keadaan yang hampa dan kecewa seluruh hati dan fizikal. Lepas tu malam ni aku terasa nak tulis dan luahkan perasaan aku selama beberapa hari yang lepas ni. Memang tak keruan rasanya. Palat seharian, eh dah dua hari palat. Arggghh! Geramnyaaa!

Aku percaya korang mesti cakap suruh aku rilek dan sebagainya. Benda tu boleh tunggu. Banyakkan bersabar di bulan Ramadhan ni. Tapi masalahnya, aku pun tak tau la kenapa aku boleh menggila semenjak dua menjak ni. Memang ada je yang tak kena. Petang tadi ada buka puasa beramai-ramai pun aku tak pergi. Sebab tak ada mood. Oh memang tak tau la kenapa. Asal aku macam ni? Geram pulak aku dengan diri aku. Hahaha

Entah ar, aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam ini. Oh memang tensen! Kalau korang nak tau benda tu apa yang boleh menyebabkan aku tensen semacam ni ialah produk Apple iaitu Ipod Shuffle!

Salam Ramadhan daripada aku :)

3 comments:

Norain MT said...

Kenapa tak tanya dengan senior? Biasanya kalau kita terlepas, kita kena ambil sendiri di Airport. Tapi Ain rasa bergantung kepada servis penghantaran yang kita guna juga. Keluarga Ain hantar guna Pos Malaysia dan Ain terlepas. Dia suruh ambil di Post Office di Hilton Plaza. Hilton Plaza tu seberang jalan saja dari rumah, jalan kaki 5 minit dah sampai.

Apa pun, tetap nak cakap. Sila bersabar. Sabda nabi, Ramadan adalah bulan sabar. Dan ganjaran sabar adalah Syurga. Dan Allah juga ada berfirman bahawa kita merancang dan Dia juga merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Dia.

Mungkin anda sedang 'down' atau al-fatrah - satu frasa apabila iman sedang berada pada tahap yang rendah.

Indera said...

hari Isnin cepat-cepat aku amik daripada Airport. Dekat box parcel aku dia cop re-delivered on Tuesday. Dah la tak orang kat rumah hari Selasa, so aku decide pergi terus depot dia kat Airport hari Isnin sebab takde kelas hari Isnin.

Thanks for the wonderful advice. I really appreciate it :)
Yup, maybe I'm in down phase. Tapi bersabar memang memberi banyak ganjaran. Aku actually overcome ketidaksabaran dengan membuat semua homework dan membaca reading materials history untuk debate to kill the waiting time!

Turned out it pays for today's debate! haha :)

| c o r v u s | said...

pergh hilang jawe ko beb, erus aussie nyer slang
style!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...