Monday, August 16, 2010

Gebang dengan duit berjuta-juta di Facebook

Korang mesti pernah ditag, nampak member ditag di dalam gambar orang yang pegang duit RM 50 banyak-banyak kan? Korang tak rasa menyampah ke tengok? Aku ada cerita nak kongsikan bersama dengan korang semua. Sedikit sebanyak dia berkait juga la dengan keluarga MLM, login facebook dapat duit dan sebagainya. Hakikatnya semua tu hanyalah penipuan semata-mata. Masakan login facebook saja boleh dapat duit?

Sebelum facebook menjadi terkenal di serata dunia, ada satu perniagaan networking yang sering menjadi sumber pendapatan pelajar-pelajar kolej atau universiti di Malaysia. Kisah ni berlaku dekat aku masa aku umur 18 tahun. Tak perlu aku ceritakan tempat berlaku di mana hanyalah cukup sekadar mengetahui ianya berlaku di sekitar Kuala Lumpur. MLM atau nama panjangnya ialah Multi Level Marketing sangat kerap aku dengar sewaktu aku masih di zaman sekolah lagi. Waktu tu aku baca di dada akhbar dan kadang-kadang melihat iklan di televisyen yang menayangkan sketsa mengenai jangan percaya skim cepat kaya dan sebagainya. Aku pun masih teringat dalam cerita Kisah Benar yang ditayangkan di TV2 beberapa tahun dahulu.

Cerita bermula dengan seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan hidup bahagia walaupun hanya bekerja sebagai seorang penghantar surat. Konflik berlaku apabila suami itu dipelawa rakan-rakan yang kononnya ‘berjaya’ dengan memakai baju pejabat, membawa kereta mewah dan mempunyai telefon bimbit serba canggih untuk memasuki skim cepat kaya dan sebagainya. Di akhir cerita, suami ditipu dan seluruh keluarga menanggung hutang yang banyak serta keluarga porak peranda. Aku percaya kita semua taknak perkara itu berlaku kat kita di masa hadapan bukan? Seluruh kebahagiaan yang dibina hanya musnah kerana tamak kekayaan dunia, ingin kan duit lebih dengan harapan dapat memberi kebahagiaan. Tapi terus terang aku pesan, tak ada guna ikut benda-benda macam ini. Hanya membazir masa, duit, dan tenaga.

Berbalik kepada kisah aku, aku pernah diajak rakan untuk menjadi ahli salah satu syarikat MLM ni, kerana melalui apa yang mereka lihat, aku mempunyai kualiti daya penarik yang tinggi. Pandai bercakap, senang bergaul dengan orang yang tidak dikenali, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan ada potensi untuk mendapat hasil lumayan yang banyak. Walau macam mana pun diorang tawarkan, aku tolak mentah-mentah. Pernah ada seorang dealer ni yang marah betul dengan sikap aku yang sombong, berlagak la, tak nak dengar orang cakap la dan sebagainya. Hakikatnya, hati aku tetap cakap TAKNAK. Kalau dah tak nak kau paksa macam mana pun aku mesti akan memberontak. Dia siap sumpah aku lagi, “kalau satu hari nanti kau datang melutut dengan aku, aku takkan layan kau”. Aiikkk? Sampai macam tu pulak. Takpa lah, “aku pun tak ingin nak merayu-rayu dengan kau yang tak punya budi bahasa macam ni” bisik hati kecilku.

Secara peribadi, aku lihat semua perkara-perkara yang berkaitan cepat kaya, dapat duit mudah, login dapat duit dan sebagainya hanyalah satu matlamat jangka pendek dan tidak kekal. Masakan usaha yang sedikit mendapat hasil yang banyak? Aku lebih percaya dengan usaha yang sederhana tetapi berkekalan. Mana boleh kau senang-senang je mendapatkan kesenangan tanpa perlu berkorban. Kejayaan yang bermakna adalah kejayaan yang dikecapi setelah melalui beberapa langkah atau fasa. Sebagai contoh, sewaktu kita lahir, kita melalui fasa menangis. Kemudian setelah beberapa tahun, deria merasa, deria melihat, dan merangkak. Seterusnya, berkomunikasi. Sampai di alam persekolahan, belajar mengira, membaca. Di peringkat yang lebih tinggi sedikit, menganalisa, memberi pandangan secara kritikal, menyelesaikan masalah kompleks, memahami hati budi dan sikap orang di sekeliling kita, dan akhirnya sampai di peringkat umur 20 tahun di mana seseorang itu boleh dianggap matang, dan mampu berdikari tanpa bantuan orang lain.

Cuba korang bayangkan, ada ke orang dewasa yang melompat dari fasa bayi terus ke fasa dewasa? Sangat tak logik. Mungkin analogi tentang manusia sangat sukar untuk difahami. Aku beri contoh yang lain. Katakan la kau belajar matematik tambahan di sekolah menengah, aku percaya kau mesti kena belajar matematik dahulu di peringkat menengah bawah, tingkatan 1-3 di mana sebelum menegah bawah, kau telah mengenali dan memahami konsep matematik mudah di peringkat sekolah rendah. Bayangkan kalau kau melangkah menengah bawah dan dari peringkat sekolah rendah kau terus belajar matematik tambahan. Tak pening kepala otak kau? Boleh ke? Boleh? Tak boleh kan? Melainkan kau Adi Putra yang telah dikurniakan akal mengira boleh la. Secara umumnya, memang tak boleh melangkah fasa-fasa.

Begitu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan duit, kejayaan, kebahagian dan yang sewaktu dengannya. Kalau kau nak duit yang banyak, kerjalah. Usaha dengan cara yang betul, walaupun sedikit yang diperoleh, kalau dikumpul akan menjadi banyak juga. Pernah dengar peribahasa “sehari selembar benang lama-lama menjadi kain” dan “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”? Tak ada perkara yang boleh dibuat dalam sehari lepas tu terus dapat hasil lumayan yang banyak. Jadi tolong lah, tolong la sangat aku minta korang. Jangan percaya dengan MLM dan seangkatan kapal-kapalnya. Walau sebesar mana pun kapal yang diorang bawa, tawar atau beri tolong lah jangan naik. Aku pernah terbaca di sebuah artikel yang sangat menarik, lupa sumbernya. Tapi berbunyi lebih kurang begini. “MLM itu sistem piramid, Firaun dulu pun buat piramid tapi berbangga dan bongkak sehingga mengakui dirinya tuhan. Jangan lah ikut seperti Firaun yang tamakkan harta benda”

Faham kan? Jangan lah teruskan agenda firaun ni, tak elok. Baik kau ajak orang ramai-ramai bersedekah, ke masjid ke lagi bagus daripada kau lepak kat kedai makan mamak sembang pasal MLM dan sebagainya. Rata-rata yang aku tengok terikut atas ajakan kawan, terpengaruh dengan member adalah daripada bangsa aku sendiri. Orang MELAYU. Aku tak pernah nampak pun orang Cina ajak member dia masuk MLM, orang India ramai-ramai bersembang pasal MLM. Yang jelas dan nyata hanyalah orang Melayu! Tak payah la. Tolong la, aku rasa kau kena tonton balik video di Youtube sajak yang bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’ yang pernah dideklamasikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia suatu masa dahulu. Tengok jangan tak tengok. Fahamkan betul-betul dan jadilah orang yang disegani dengan membina kejayaan sedikit demi sedikit bukannya dengan jalan mudah.

Aku perasan rajin harini, aku siap link kan video tu di Youtube. Sila klik di sini.

Sekian :)

4 comments:

| c o r v u s | said...

cayalah!!
rock on!!

Indera said...

kau kemana dah lama tak nampak bayang? facebook sampai diactivate ataupun delete?

| c o r v u s | said...

aku deactivate, fb propaganda yahud untuk mengacau aku study, hahaha

pape hal anta offline message kat ym je

Indera said...

I admire your intentions! Please do your best in your study.

Okay, aku ingat kau ingin menyepi. Nasib baik ym ada lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...