Wednesday, August 18, 2010

Tak puasa!

Rakan-rakan dan keluarga aku sering bertanya tentang keadaan aku berpuasa di sini. Samada melalui facebook, telefon ataupun email. Dalam post kali ini, aku nak terangkan situasi dan keadaan macam mana yang aku lalui ketika menyambut Ramadhan di perantauan.

1) Tempoh berpuasa
Maksud yang aku ingin sampaikan ialah berapa jam aku diwajibkan berpuasa dalam sehari. Waktu Subuh di sini adalah pada jam 5.25 lebih kurang dan waktu Maghrib ialah pada jam 5.40 petang. Jadi boleh kata aku berpuasa dengan jangka masa yang lebih pendek daripada di tanah airku, Malaysia.

2) Sahur
Sahur aku rajin bangun. Aku suka kumpul pahala di bulan yang mulia ni. Lagipun dengan bersahur, aku insyaAllah takkan terlepas, tertinggal dan ter'gajah' Subuh. Sahur aku makan makanan yang ada di dapur. Selalunya aku buat air milo panas dengan makan biskut. Memang tak dapat la nak makan lauk sedap-sedap yang selalu mak aku buat kalau kat Malaysia.

3) Siang hari
Lepas solat Subuh, aku tak suka tidur balik sebenarnya. Sebab nanti perut rasa tak selesa kalau nak bangun balik. Jadi aku luangkan masa dengan membaca beberapa helai muka surat di dalam Al Quran. Lepas tu aku mandi, bersiap-siap ke Universiti pada jam 8 pagi. Kalau aku tidur balik pun aku akan bangun pada jam 7.30 sebab taknak terlambat datang ke lecture ataupun tutorial.

Banyak dugaan juga la berpuasa di sini. Sebab orang kat sekeliling semua tak berpuasa kecuali yang beragama Islam. Tapi majoriti orang memang tak puasa la, dah diorang Mat dan Minah Salleh. Aku dalam 2 hari lepas pergi lecture politik pada jam 2 petang. Aku duduk kat seat belakang sekali, sebab seat belakang paling dekat dengan pintu keluar, hehehe dan yang paling tinggi sekali. Nak dijadikan cerita, Mat Salleh sorang ni, Australian, dia duduk sebelah aku. Tengah-tengah lecture dia pergi buka beg dia, amik bekal makanan, lepas tu makan. Pergghhh! aku dah la lapar tahap gaban masa tu. Makanan dia bau sedap pulak tu. Lazaaaat berkrrriiiiimmmmmm beb senang cakap! Setiap suapan dia menusuk hati dan perut serta usus aku. Lecture kat depan aku tak dengar apa dah. Aku dengan bunyi suapan dan kunyahan daripada mulut dia je. Argghhh! Tensen aku sepanjang lecture tu. Hahaha

Dugaan lain kau jangan cakap la, bab mata memang kena sendiri kena ingat, diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat. Jadi memang kena tepuk dada, tanya Iman.

4) Bazaar
Dekat sini memang takda la bazaar Ramadhan. Aku sebenarnya bukannya fan of Bazaar Ramadhan pun. Tapi kadang-kadang terasa nak pergi jugak, sebab pergi Bazaar Ramadhan boleh bau makanan sedap-sedap. Aku kalau pergi pun setakat beli kuih pastu dah. Sebab aku kecik-kecik dah puas pergi Bazaar Ramadhan. Kalau pergi beli banyak-banyak lepas tu lepas berbuka satu pun tak makan. Dah kena marah dengan mak aku. Terus aku taknak jadi kawan karib Syaitan, aku beli sikit je. Tapi still, benda ni juga la yang membuatkan aku serba sedikit rindu dekat Malaysia.

5) Iftar atau Berbuka Puasa
Aku makan dekat rumah je, kitorang satu rumah masak bergilir-gilir. Aku masak pada hari Rabu, iaitu hari ini, hari aku publish post ini. Aku masak Ayam Masak Merah dengan Tomyam Sayur harini. Sedapp beb! Haha

6) Terawih
Aku selalu solat Isyak dengan Terawih dekat Masjid. Kat sini ada masjid jugak. Diorang buat 8 rakaat, aku pun buat 8 rakaat je sebab aku nak balik awal nak sambung buat homework. Isyak di sini lebih kurang jam 7 petang. Solat terawih habis jam 8 dan 8.15 aku dah sampai rumah. Bezanya terawih di sini ialah takda bacaan-bacaan atau zikir di antara rakaat. Lepas habis 2 rakaat, terus bangun balik dan sambung rakaat yang seterusnya sehingga la habis 8 rakaat.

Itulah sedikit sebanyak aku boleh ceritakan pengalaman aku bersahur di sini. Aku sebenarnya bab-bab berpuasa ni tak da lah kesah sangat. Maksud kesah ialah pasal makanan. Aku tak suka makan banyak-banyak ketika berbuka sebab nanti nak pergi Terawih mesti terasa berat. Puasa ni pada aku adalah bulan di mana kita digalakkan beribadah kepada Allah. Lagi satu, aku rasa pada bulan Ramadhan ni juga waktu yang paling baik untuk kita bermuhasabah diri, berfikir dengan lebih baik sebab perut tak kacau dah otak. Otak tak payah susah-susah nak pikir pasal perut lagi. Sebab tu kalau korang perasan, belajar pada waktu Ramadhan senang nak paham.

Okay, sampai di sini sahaja lah aku rasa. Sambung di lain hari pula. Aku teringat aku masih belum habis update pasal holiday aku di Australia. Nanti ada kesempatan aku akan tulis lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.


Hari tu aku masa aku layari YouTube aku tengok video ni, kesian dia obses dengan DOTA. Enjoy!


2 comments:

Zakba Basuki said...

first of all, selamat ramadhan beb.
second of all, video tu bukan pasal DOTA. Dia pasal WOW (world of warcraft). Game tu memerlukan topup or reload or account untuk main. Mamat tu bengang sebab mak ayah dia dah delete account dia. Bulan-bulan nak bayar. Habis lah duit mak bapak dia. And kau (Rengit), should tengok video video dia yang lain. Lagi kelakar.

Indera said...

aku tak tau pasal WOW ni, yang aku tau DOTA je sebab famous orang main. Tapi aku memang langsung tak tau main benda alah DOTA, WOW ke apa ke. Aku dah abis tengok dah semua episode dia, hahahaha aku suka part dia hancurkan gitar bapak dia. Lagi satu yang bapak dia bengang suruh anjing gigit dia :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...