Kadang kala aku tertanya-tanya.
Kenape?
Mengape?
Bagaimana?
dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di fikiran aku ini.
Seringkali juga, aku cuba menjauhkan perasaan dan pemikiran yang sebegini, tetapi ketika aku merenung kembali, asas untuk mengenali seseorang itu adalah dengan mengenali namanya.
Mesti korang semua pernah kan, bila jumpa seseorang yang tak dikenali, contohnya di majlis makan malam ke, atau ketika menghadiri kursus jati diri, atau menghadiri program latihan khidmat negara atau yang paling mudah, ketika bersama-sama menyambut hari yang penting bersama hari keluarga dan sanak-saudara seperti hari raya dan cuti sekolah.
Siapa nama?
Soalan asas yang kita semua seringkali ajukan kepada seseorang yang kita mahu kenali, atau pun yang kita telah kenali tetapi kita lupa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti faktor masa dan komitmen di dalam kerjaya ataupun belajar.
Tetapi,
Mungkin sesetengah daripada kita setuju dan mungkin menolak pandangan aku ini. Tapi, diingatkan, ini hanyalah pandangan daripada lubuk hati aku. Tidak berniat untuk membuat sesiapa pun terasa mahupun merasakannya. Suka hati kau lah nak buat apa pun kan? Sebab kita semua ada hati untuk perasaan dan mulut untuk makan hati ayam.
Aku nak kata tak faham, bukan lah bengap sangat tak faham situasi, nak kata faham, aku bukan lah bijak sangat boleh menilai seseorang. Semua orang ada hak masing-masing. Satu je persoalan aku di sini ialah, kenapa dalam social networking orang suka pakai nickname?
Jap. silap. bukan suka, tetapi gemar. minta maaf.
Kawan-kawan semua, aku bukanlah robot boleh menghafal nama korang semua. Tapi, aku sarankan. Saran je tau, bukan paksa. Pakailah nama yang mak bapak korang namakan korang tu. Aku percaya nama korang semua tu best. Aku pernah ada member sorang nih, oleh sebab kawan-kawan semua panggil dia dengan nama samaran, sampaikan nama sebenar dia pun aku tak tau. Aku panggil dia guna nama samaran je. Sedih gak kadang-kadang sebab perkara asas dalam adab berkawan pun aku gagal atau fail.
Sekarang ni, bila aku ada akaun dalam facebook, macam-macam nama ada. Aku sampai tak kenal dah siapa kau. Tu tak termasuk lagi yang social networking selain facebook. Contohnya, myspace and friendster. Ada yang letak simbol pelik-pelik la.
Contoh, nama kau Zakaria kau jadikan -->Z@cK@r!A<-- atau z@ck! lepas tu siap ada bunga-bunga la, simbol-simbol hati la. Ni bukan contoh nickname yang terbaik la, tapi contoh yang dapat dilihat selain menggunakan nickname. Apa salahnya kau letak nama kau dan menggunakan nama kau yang sebenar? Senang tau sebenarnya orang lain nak mengingati kau. Member-member kau yang lain takyah sampai berkerut dahi nak meneka, "siapa kau wahai si polan?"
Kadang-kadang sampai berbelit lidah nak sebut nama yang kau letak. Syukurlah dengan nama yang telah diberikan dan manfaatkanlah ketika masih diberi peluang. Aku tau kalau kau ada privacy issue, nak low-profile, tapi takyah la sampai bubuh nama pelik-pelik. Naik hairan dan pelik lagi bila orang nak mengenali atau mengecam siapakah kau wahai si nama yang pelik-pelik.
Lagi kesian bila member-member lama kau, dah la tak tau siapa kau, tambah pula diorang ragu-ragu nak add you as a friend. Sampai ke tualah kau berkemungkinan akan lost contact dengan member kau tu. Mungkin. Tak semestinya betul.
Pengalaman pertama aku, orang panggil kau dengan nama samaran je, atau nama manja atau nama pendek. Aku pun panggil je la kau pakai nama pendek. Tapi bila aku tau nama sebenar kau, fulamak, sedap weyh nama kau. Tu kisah lama la, tapi agak fresh lagi bermain di minda aku. Sebab nama kau memang sedap tau cuping telinga mendengarnya. Itu pun setelah nama di dalam profile kau telah bertukar.
Pengalaman kedua, mula-mula kau bubuh nama sebenar kau kat dalam networking ni, lepas tu kau letak nama kau lain pulak. Siap ada nama makanan la, nama nampak cam 'sedap' dimakan. Aku sampai pening, ada lak ai nama orang macam ni. Paling kelakar aku ada nampak orang bubuh nama dia 'ayam jantan bapakkau' . Ada juga manusia macam ni kan?
Aku tak kesah la kau orang nak pakai nama pena ke, nama tunggang terbalik ke, nama boleh tukar abjab dengan sendirinya ke, tapi seelok-eloknya pakai lah nama sendiri kerana ia melambangkan identiti kau sendiri. Kalau kau tak boleh jaga identiti kau sendiri, siapa nak jaga?
Tambahan pula, ia menunjukkan yang kau berbangga dengan nama sendiri, salah ke nak berbangga dengan nama sendiri? Tak salah kan? Tapi kau takyah la nak lebih-lebih sampai nampak sangat yang kau syok tahap melampau gaban dengan nama sendiri. Itu nanti orang lain menyampah, kau pandai-pandailah tanggung sendiri.
Ini hanyalah pandangan aku, jangan lak terasa dengan post ini. Korang punya suka lah nak letak nama apa pun. Aku hanya memberikan pandangan yang berharap ia tidak akan dipandang remeh oleh pembaca-pembaca sekalian.
post ketika aku merasakan ia patut diposkan = ))
2 comments:
Hahaha, amakn dalam beb
sebab aku pakai Azim Bass sbb
aku merasakan dunia ni dikawal oleh CIA, FBI, ejen perisikan Rusia, Israel.
Sbb tu aku takut letak nama sebenar
shial nye ajim haha
dun wori, mana2 tmpt pun ak letak nama ak 'spark acap', so org leh agak aa nama ak asyraf wawaawa..
CIA da tau la ko pnya profile, ak yg kctau~
Post a Comment