Saturday, December 5, 2009

tarak kucak!

Selang beberapa hari yang lepas, aku bersama ayah pergi memburu ayam hutan di kebun yang terletak tidak jauh dari Rengit. Lebih tepat lagi, di Parit Besar. Kami bertolak dengan menaiki motorsikal Kriss berwarna hijau kepunyaan keluargaku dan kereta Fiat Punto berwarna kelabu asap. Selepas Asar, lebih kurang satu jam lepas masuk waktu, kami berdua pergilah memburu dengan harapan akan membawa pulang hasil yang diidam-idamkan.

Untuk pengetahuan semua, ayah memang mempunyai lesen senjata api yang sah di sisi undang-undang. Tujuannya adalah untuk menjaga kebun yang dimiliki daripada binatang-binatang liar di hutan berdekatan. Tetapi, selalunya, kami berdua akan ke kebun untuk memburu ayam hutan. Mengapa ayam hutan? Sebab ayam hutan sangat sedap dimakan, lemak dia tak bertepu, kalau makan dijamin tidak gemuk kerana ayam hutan tidak disuntik dengan ubat-ubat tumbesaran yang menyebabkan lemak-lemak tepu berkumpul di tubuh manusia. Lagi-lagi kalau dimasak kicap. Uish, sedapnya tidak terkata. Tetapi jika tak berminat untuk masak kicap, goreng pun dah sedap dimakan. Itu kalau sebut tentang keenakkan dagingnya. Untuk membezakan antara ayam biasa dengan ayam hutan, lihat pada telinganya. Ayam hutan mempunyai telinga berwarna putih seperti gambar di bawah.


Di kesempatan ini, aku nak kongsi dengan pembaca-pembaca budiman sekalian. Ini adalah kisah benar dari pengalaman aku yang sering memburu di kebun dan hutan.

Part 1
Kereta yang ayah aku bawak ada senapang di dalamnya, bila tiba di tempat yang dituju, ayah aku pun berhenti dekat kawasan berdekatan, kami berdua naik motorsikal membonceng. Kereta takkan nak masuk hutan kan? Aku bonceng ayah aku dan kami berdua pun pergi jauh ke melalui jalan tanah yang dipenuhi rumput-rumput yang liar tumbuh.

Part 2
Ayah aku suruh sama-sama tengok sekeliling jika ternampak kelibat ayam hutan, di kiri dan kanan. Aku tanpa banyak soal, menolong melihat sekeliling sambil membawa motorsikal dengan cermat melalui jalan yang bengkang-bengkok. Jika diperhatikan betul-betul ada kesan-kesan cakaran ayam di tepi-tepi pokok kelapa sawit, dan ini menandakan ayam hutan tidak berada jauh di kawasan cakaran itu.

Part 3
Tiba-tiba ayahku melompat dari motor sambil berlari ke satu kawasan celah-celah pokok sawit. Sambil meniti dengan langkah yang cermat, dan mengacu ke sasaran yang tepat, poooommm~!! ayah aku melepaskan satu das tembakan ke arah ayam hutan, dan tembakan itu tepat mengena di badan ayam tersebut, dengan pantas aku berlari setelah meletakkan motorsikal dengan baik membawa pisau rambo menuju ke arah ayam hutan yang bertarung nyawa setelah terkena tembakan. Dengan lafaz bismallah dan selawat ke atas nabi, ayahku menyembelih ayam hutan tersebut. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ini.

Part 4
Aktiviti ini berlanjutan sehingga kami menemui ayam kedua, dan disembelih serta dimasukkan kedua-duanya ke dalam karung guni yang dibawa bersama di dalam bakul motorsikal. Tetapi, lain pula halnya dengan buruan ke 3 kami. Selepas sedas tembakan dilepaskan, dan disaksikan dengan 2 pasang mata, kami yakin bahawa ia tepat mengenai buruan ke 3 ini. Aku nampak ayam tu terbang sekejap tetapi jatuh ke tanah selang beberapa saat. Aku sekali lagi, berlari dengan pantas membawa pisau supaya ayam itu segera disembelih. Kalau lambat, dan ayam tu mati ditembak, ia jadi bangkai. Pelik, setibanya aku ditempat yang aku pasti ayam tu jatuh, aku dan ayah aku terpinga-pinga kerana ayam tu tiada. Dekat mana sebenarnya ayam tu? Aku pandang sekeliling dan pastikan betul-betul kerana ia pasti berada berdekatan. Tetapi, hampa menjelma kerana memang tiada langsung kesan ayam ditembak berada berdekatan. Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjuangan mencari rezeki dengan harapan yang tidak kesampaian kerana buruan ke 3 ghaib tanpa kesan.

Part 5
Masa hampir menunjukkan pukul 7.00 malam, kami pun beransur keluar dari kebun dan singgah sebentar di perigi untuk mencabut bulu dan membersihkan 2 ekor ayam buruan supaya senang mak menyiangnya nanti. Kami pun balik setelah siap.

Aku bukan selalu sangat berjumpa dengan perkara-perkara macam ni, tapi tiap-tiap kali kami memburu, boleh dikatakan selalu juga bersua dengan perkara macam ini. Ditembak tepat, bila tiba tiada. Apakah?

5 comments:

Makaroni said...

woW! bravo! bravo!
best nye dok johor!!
hohohoho

khair 3rd said...

babi best sial jadi head hunter

ader la bende tu

lagi pasal ayam hutan
-ekor melentik
-biler dier lari, ekor ngan kepala dier tunduk sebaris ngan badan die

aishah ibrahim said...

kadang kadang orang bunian menjelma dalam bentuk ayam.
kau percaya?
haha.

MOHAMMAD ZHAFRAN BIN AZHARUDIN said...

buniannnnnnn

bhooooootttttt

mus said...

jembalang makan ayam!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...