Thursday, November 27, 2008

Tentatif Program SBP pada 19-21 Disember nanti

Tentatif Program:

19 Disember 2008 (Jumaat)
12.00 pm : Berkumpul di Anjung Rahmat
2.00 pm : Bertolak ke ILDAS
4.30 pm : Solat Asar dan minum petang
5.30 pm : Pendaftaran peserta
6.00 pm : Pengurusan diri
6.30 pm : Makan malam
7.00 pm : Solat Maghrib
7.15 pm : Majlis Pembukaan
Ucapan aluan dari : Mohd Hilmi Bin Ramli (Presiden PKPIM)
Taklimat Program
8.30 pm : Solat Isyak
9.00 pm : LDK 1: Ice-breaking
11.00 pm : Minum malam dan bacaan Al-Mulk
12.00 am : Himpun daya
20 Disember 2008 (Sabtu)
4.30 am : Qiyamullail
6.00 am : Solat dan Kuliah Subuh
Tajuk : Niat
Disampaikan oleh : Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki (Presiden APIS 08/09)
6.45 am : Syabab Cergas
7.30 am : Sarapan pagi dan pengurusan diri
8.30 am : Pengisian 1: “Indahnya Hidup di Bawah Cahaya Ilahi”
Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Meeftah bin Haji Anuar
10.30 am : Minum pagi
11.00 am : LDK 2 : Karekter Muslim
12.00 pm : Mujadalah Intelek
1.00 pm : Solat Zohor dan makan tengahari
2.00 pm : Pengisian 2 : ”Kesatuan Belia”
3.30 pm : LDK 3 : Simfoni Ukhwah
4.30 pm : Minum petang dan solat Asar
5.15 pm : Syabab Cergas
6.30 pm : Makan malam dan Pengurusan diri
7.00 pm : Solat Maghrib dan tasmi’ ayat hafazan
8.30 pm : Solat Isyak
9.00 pm : Forum Perdana : ”Keperibadian Muslim Cermin Kecemerlangan Ummah”
11.00 pm : Minum malam dan bacaan Al-Mulk
12.30 am : Himpun daya
21 Disember 2008 (Ahad)
5.00 am : Qiyamullail
6.00 am : Solat Subuh
6.30 am : Rehat Minda
7.30 am : Sarapan pagi
8.00 am : Kembara Daie
10.00 am : LDK 4 : Garis Matlamat
12.30 pm : Makan tengahari dan pengurusan diri
1.00 pm : Solat Zohor
2.00 pm : Majlis Perasmian Penutup
Dirasmikan oleh : Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
(Ketua Pengarah JAKIM)
3.00 pm : Bertolak kembali ke Anjung Rahmat
Bersurai

Jom Join Program SBP pada 19-21 Disember 2008 nanti

Program Jalinan Ukhuwwah

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) kali ke-3.

Tema: “Kemantapan Ukhwah Pencetus Kegemilangan Ummah.”
Tarikh: 19-21 Disember 2008
Tempat: Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam, Selangor
(Pengangkutan pergi dan balik disediakan dari Kompleks Anjung Rahmat, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.)

Anjuran bersama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Dengan kerjasama:
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Anda dijemput menyertainya.
Terbuka kepada semua pelajar SBP, bekas pelajar SBP, dan mana-mana individu yang berminat.
Bayaran yuran: RM25 setiap seorang peserta.

Waktu berkumpul di Kompleks Anjung Rahmat: 12 tengah hari, Jumaat 19 Disember 2008. (Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk hadir pada waktu ini, sila maklumkan kepada pihak penganjur.)

Tempat terhad kepada 150 orang peserta sahaja. Peserta yang mendaftar lebih awal lebih diutamakan.

Sebarang pertanyaan dan juga pendaftaran penyertaan, sila hubungi:
1) FAKHRUL HAZIM BIN AZMI 013-3935958
2) MOHD IKHWAN BIN AHMAD ZHAKI 019-5064412
3) SITI AISYAH BINTI IDRIS 013-2297138
4) Pejabat PKPIM
a. Tel: +603-61879520
b. Faks: +603-61842570
Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di:
Laman rasmi Program Jalinan Ukhuwah 2008 di http://www.pju.apisbp.com...
Mengapa anda perlu menyertainya?
1. Peluang untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu Islam, terutamanya penghayatan ukhuwwah Islamiah.
2. Mengisi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah.
3. Peluang pembentukan syakhsiah Islamiah.
4. Meluaskan kenalan anda dari pelbagai tempat di negara kita.
5. Program Jalinan Ukhuwwah ini bersifat peringkat kebangsaan.
6. Sijil penyertaan dikeluarkan pihak penganjur dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


PANDU ARAH KE ANJUNG RAHMAT (tempat peserta berkumpul)

KE KL SENTRAL
Dari KLIA ke KL Sentral
• Naiki KLIA Ekspress ke KL Sentral (Tambang = RM 35)
Atau
• Naiki bas dari KLIA ke KL Sentral (Tambang = RM 10)
Dari Hentian Bas Puduraya ke KL Sentral
• Naiki PUTRA LRT dari Stesen Pasar Seni ke KL Sentral (Tambang = RM1)
Atau
• Naiki KTM Komuter dari Stesen Kuala Lumpur ke KL Sentral (Tambang = RM 1)
Atau
• Naiki bas awam dari Puduraya ke KL Sentral (Tambang = RM 1)
Dari Hentian Putra ke KL Sentral
• Naiki KTM Komuter dari Stesen Putra ke KL Sentral (Tambang = RM 1)
Dari Hentian Jalan Duta ke KL Sentral
• Naiki teksi dari Hentian Jalan Duta ke KL Sentral
(Tambang = RM 13 pada waktu siang, RM 26 pada waktu tengah malam)

KE ANJUNG RAHMAT
Dari KL Sentral ke Anjung Rahmat (tempat peserta berkumpul)
1. Naiki PUTRA LRT dari KL Sentral ke Stesen Taman Melati (Tambang = RM 2.30)
2. Naiki bas Rapid KL nombor T226 dari Stesen Taman Melati ke Anjung Rahmat (Tambang = RM 1)
Atau
1. Naiki PUTRA LRT dari KL Sentral ke Stesen Taman Melati (Tambang = RM 2.30)
3. Naiki teksi dari Stesen Taman Melati ke Anjung Rahmat (Tambang = RM 3)
*Harga tambang yang dinyatakan adalah secara kasar.

*taken from friendster bulletins posted by Ikhwan Zaki my senior from MCKK*

Sweet Memories~

Budak2 yg lahir pd thn 80-90an mesti ingat mase skola rendah dulu:

Kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.. salesman susu pon camtu gak..

Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je.. Bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku..

RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm...

Harga makanan : Nasi goreng, mee goreng, nasi lemak 50 sen je, pastu air 20 sen, cube tgk sekarang 50 sen pun dapat ape je, nasi lemak at least RM 1.50.. Air 20 sen x dapat dah..

Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam.. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

Lagi, ade permainan yang pakai tutup botol oren/sarsi/pape je la.. Ada 5 keping baru leh men, biasanya men menda ni time rehat..

Cikgu pakai pembaris kuning pjg.. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ..

Bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan..

Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh..
ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la..

Main game 2D.. Super Contra, Super Mario, Street Fighter, sume pakai tape..

Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca..

Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak..

Balik skola beli JoJo xpon Dendang.. Tora pon best gak.. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon..

Cam girls, ade satu menda cam anak patung kertas, pastu ade baju disediakan kat tepi2 tu, anak patung tu boleh tukar2 baju..

Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu..

Siri kartun : Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtles,
Thundercats, Maskman, Gaban, Dragon Ball Z, tiap pagi Sabtu n Ahad bangun kul 9.30 tgk cite ni la, kalo miss satu episod cam nak gila dibuatnya.. ada lagi cite Sailormoon! aku pun slalu temankan kakak aku tgk cite ni.. aku paling suka cite ni sebab ade kucing dia leh bercakap(hahaha!) dan mcm2 lg..


jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent..
huhu~

mesti korg tgh tersengeh2 bace mende nih.. hehehee.. ni la life.. memang best sebenarnya.. cuma kadang2 kita sendiri x sedar dan hargainya..

Till then cheers! Be POSITIVE and CONFIDENT about yourself.. jangan sedih2, x baik utk kesihatan dan minda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...