Thursday, November 27, 2008

Jom Join Program SBP pada 19-21 Disember 2008 nanti

Program Jalinan Ukhuwwah

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) kali ke-3.

Tema: “Kemantapan Ukhwah Pencetus Kegemilangan Ummah.”
Tarikh: 19-21 Disember 2008
Tempat: Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam, Selangor
(Pengangkutan pergi dan balik disediakan dari Kompleks Anjung Rahmat, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.)

Anjuran bersama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Dengan kerjasama:
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Anda dijemput menyertainya.
Terbuka kepada semua pelajar SBP, bekas pelajar SBP, dan mana-mana individu yang berminat.
Bayaran yuran: RM25 setiap seorang peserta.

Waktu berkumpul di Kompleks Anjung Rahmat: 12 tengah hari, Jumaat 19 Disember 2008. (Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk hadir pada waktu ini, sila maklumkan kepada pihak penganjur.)

Tempat terhad kepada 150 orang peserta sahaja. Peserta yang mendaftar lebih awal lebih diutamakan.

Sebarang pertanyaan dan juga pendaftaran penyertaan, sila hubungi:
1) FAKHRUL HAZIM BIN AZMI 013-3935958
2) MOHD IKHWAN BIN AHMAD ZHAKI 019-5064412
3) SITI AISYAH BINTI IDRIS 013-2297138
4) Pejabat PKPIM
a. Tel: +603-61879520
b. Faks: +603-61842570
Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di:
Laman rasmi Program Jalinan Ukhuwah 2008 di http://www.pju.apisbp.com...
Mengapa anda perlu menyertainya?
1. Peluang untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu Islam, terutamanya penghayatan ukhuwwah Islamiah.
2. Mengisi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah.
3. Peluang pembentukan syakhsiah Islamiah.
4. Meluaskan kenalan anda dari pelbagai tempat di negara kita.
5. Program Jalinan Ukhuwwah ini bersifat peringkat kebangsaan.
6. Sijil penyertaan dikeluarkan pihak penganjur dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


PANDU ARAH KE ANJUNG RAHMAT (tempat peserta berkumpul)

KE KL SENTRAL
Dari KLIA ke KL Sentral
• Naiki KLIA Ekspress ke KL Sentral (Tambang = RM 35)
Atau
• Naiki bas dari KLIA ke KL Sentral (Tambang = RM 10)
Dari Hentian Bas Puduraya ke KL Sentral
• Naiki PUTRA LRT dari Stesen Pasar Seni ke KL Sentral (Tambang = RM1)
Atau
• Naiki KTM Komuter dari Stesen Kuala Lumpur ke KL Sentral (Tambang = RM 1)
Atau
• Naiki bas awam dari Puduraya ke KL Sentral (Tambang = RM 1)
Dari Hentian Putra ke KL Sentral
• Naiki KTM Komuter dari Stesen Putra ke KL Sentral (Tambang = RM 1)
Dari Hentian Jalan Duta ke KL Sentral
• Naiki teksi dari Hentian Jalan Duta ke KL Sentral
(Tambang = RM 13 pada waktu siang, RM 26 pada waktu tengah malam)

KE ANJUNG RAHMAT
Dari KL Sentral ke Anjung Rahmat (tempat peserta berkumpul)
1. Naiki PUTRA LRT dari KL Sentral ke Stesen Taman Melati (Tambang = RM 2.30)
2. Naiki bas Rapid KL nombor T226 dari Stesen Taman Melati ke Anjung Rahmat (Tambang = RM 1)
Atau
1. Naiki PUTRA LRT dari KL Sentral ke Stesen Taman Melati (Tambang = RM 2.30)
3. Naiki teksi dari Stesen Taman Melati ke Anjung Rahmat (Tambang = RM 3)
*Harga tambang yang dinyatakan adalah secara kasar.

*taken from friendster bulletins posted by Ikhwan Zaki my senior from MCKK*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...